Salam dan berjumpa lagi di malam Isnin. Selamat kembali ke sekolah tuk hb n anak2 mama semua. Peerrhh lepas ni 2 bulan baru ada cuti panjang lagi...Hujung minggu (hari Ahad) kami menerima kunjungan dari teman lama yang telah berpindah ke Melaka, sape lagi kalau bukan Zulfikar dan Budiman serta anak comelnya Balkis. Hehehe FB yang akrabkan kita kan...Hari ini buat order krim puff dari Shima, lama gak tak buat so apa lagilah 'gang kuat makan' balik dari sekolah terus menghabiskan baki cream puff yang baunya memang semerbak harum bila dibakar. Resepi ni dah lama Su guna, jumpa kat blog jugak tapi tak ingat rumah sape terima kasihlah yang berkongsi resepi.
Bahan2: (untuk pastri)250 gm butter
500 ml air
1/2 sudu teh garam
300 gm tepung gandum
5 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
Bahan-bahan krim oren :3 cawan susu cair/segar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula (ikut selera nak manis ke tak)
1/4 cawan oren sunquick
2 sudu besar butter
Cara:
puff
1. Rebus butter,air & garam sampai mendidih, kecilkan api.masukkan tepung (yang sudah diayak di atas kertas supaya senang nak tuang dalam periuk) dan kacau cepat sehingga menjadi doh yg x melekat. Matikan api dan kacau rata. Angkat biar suam.
2. Pukul telur dan vanila sekadar sebati, masuk sedikit2 ke dalam adunan tepung sambil dipukul terus.
3.Tekan dgn spuit diloyang yg tlh disapu butter. Sebelum bakar spray air ke atas doh agar cantik. Bakar lebih kurang 20 minit pd suhu 200c @ sehingga kuning keemasan. Pipekan krim kedalamnye!
Cara-cara krim oren:





No comments:
Post a Comment