rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Wednesday, March 3, 2010

Simple Tiramisu Cake : Jangan ketawakan ok ...

TebalSelamat malam semua kengkawan yang sudi singgah blog Su dan terima kasih bebanyak terasa kita mesra dan rapat walau tak pernah bersua muka, moga persahabatan di alam maya ni dapat diteruskan di alam nyata pulak, insyaAllah... Janganlah ketawakan kek Su ni, first time wat hehe.
Hari ni nak n3 Simple Tiramisu Cake for my kids birthday, cakap owgputihlah pulak hahaha. Dah lama intai resepi kat umah Dr Inahar, dah dapat macam2 petua dan cara tuk wat kek ni, 'akhirnyaaa... kini pasti'..... nanyilah pulak... dapat jugak Su buat dan rasa kek ala2 tiramisu gitu. Tak pernah buat guna cream ni, tu yang kelam kabut kek tu(tak cantik macam kek kat umah orang lain) lagipun creamnya kedekut, sikit jer letak, takut 'gumuk' hehehe.Oklah kita share resepi jom, dah ramai yang tepek resepi ni, tapi hari ni biar kat Mersing pulak.

Resepi Simple Tiramisu Cake
Bahan-bahan
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (Su ganti 2 sudu teh serbuk nescafe)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus oren,parutan kulit oren dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius(oven Su 140 drjh cel)
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

    Cream tuk kek

    • 1 biji sponge kek ( resepi kat atas tulah)
    • 250ml whipping cream
    • 200ml cream cheese
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
    • 1 sudu makan serbuk nescaf

    Cara-cara

  6. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  7. Satukan gula, cheese dan cream
  8. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  9. Potong kek pada 2 bahagian
  10. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  11. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  12. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  13. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  14. Hiaskan suka hati...
Izz Thaqif minat sangat Ben 10, baju dia pun nak hijau macam Ben10.
kek ni dikelilingi Ben10, nak celebrate member dia hahaha sampai terlentang...

3 comments:

  1. tahniah ucu berjaya wat tiramisu kek nih..tp naper ucu kata krim tu cepat cair? ucu guna whip cream apa?? whip cream@fresh cream tu ucu kena guna yg jenis non-dairy tau bukan yg jenis dairy cream..nondairy kalu pukul naik kembang gebu tp kalu jenis cream dairy tu mmg cair xmau kembang kalu pukul dan ia hanya digunakan dalam masakan spt masak puding/mushroom sup/pasta dsb. pepun yg penting sodapkan ucu..hehe!! hepi besday wat izz thaqif..lebiuu!

    ReplyDelete
  2. inaaaa.... memang sahlah ucu dah salah beli whip cream tu.... ucu memang tak pernah beli benda ni, sejak tengok ina buat kek bdy pak ngah dah rasa tergoda dan teringinnn.. kat mersing pergi semua supermrkt tak ada,cuma ada cream tu je kat giant, itu pun dah nak expired.. kesiankan.. kalau ina rajin tunjuklah kat blog senang nak beli lein kali.. terima kasih bebanyak ina...

    ReplyDelete
  3. kak su mersing dmana ? saya org mersing..igt nk tempah cake or cup cakes utk birthday kwn saya..mcm mane nk contact yer ? kalau kak su xkisah msg saya dekat 013-9087559 boleh ?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails