rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, April 13, 2010

Try kuih pedas pulak..VADAI..

Salam jumpa lagi. Hari ni kita tukar selera hindustan sikit hahaha. Bukan apa kacang dal ni dah lama dok dalam aisbok so wat lah kuih vadai ni... ni resepi dari emak Su, resepi asal ni dia belajar dari kawannya berbangsa India semasa bekerja di Kluang dulu. Memang sedaplah... so pada yang minat dengan makanan savoury leh lah try.. ok ni resepinya. Tapi emak Su ni kalau buat kuih tak de timbang2 dia main bubuh jer... Payah gak nak mengaggak kan... ok selamat mencuba..VADAI

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 biji lada basah atau lada kering dihiris halus
2 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji- tak letak pun tak pe
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
Rendam kacang dal yang dah di cuci 4 jam atau semalaman. Toskan kacang dal. Kisar (jangan tambah air coz kacang tu kan dah lembut) kacang 3/4 halus dan lebihnya agak kasar sedikit. Masuk kesemua bahan lain2 ke dalam kacang tadi dan gaul rata. Leperkan bahan ini di atas tapak tangan yang dilapik plastik untuk mengelakkan melekat. Buat sampai habis bolehlah digoreng dengan api sederhana. Angkat tos dan bolehlah dimakan.




4 comments:

  1. Salam kak su..sedapnya kuih vadai,dulu kalo g wisma persekutuan buat ic atau teman mak mesti beli kuih ni..ada jgk org panggil mama gelek,kalo x silaplah..teringin nak buat tp yg makan mamanya sorang,anak2 ni belum pandai makn pedas..mintak kak su jelah sikit...

    ReplyDelete
  2. Lepas ni wife kena buat kuih ni.Anak-anak memang kuat pedas. Tq Kak Su

    ReplyDelete
  3. salam siti, makan jelah kat umah akak ni..biasalah budak2 memang tak suka yang pedas.. kalau aiskrim lajulah kan..

    cikgu..resepi ni memang tuk dikongsi...trylah buat..

    ReplyDelete
  4. ini paggil vadai ke? setahu saya ni masalode (lebih kurang la bunyi) vadai tu yg ada lubang mcm donat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails